SEMPORNA VIDEO LINK

Loading...

PENGERUSI PNK SEMPORNA DITAWARKAN CALON USNO

Salleh Hj Abdul Salleh Pengerusi PNK
Semporna
 
         Dalam satu kenyataan akhbar petang ini Presiden Penaja USNO Datu Badaruddin Tun Mustapha yang bakal menurunkan calonnya pada PRU13 memaklumkan bahawa pihaknya sedang berunding dan menawarkan salah satu kerusi Dun atau Parlimen Semporna dan Lahad Datu kepada Pengerusi PNK Semporna En. Salleh Hj. Abdul Salleh untuk bertanding pada PRU13, Presiden USNO itu yakin bahawa Salleh berpotensi menjadi pemimpin yang berkeliber dan pemimpin masa akan datang jika diberi peluang.
 
Beliau adalah golongan generasi muda dan anak jati tempatan Semporna yang mempunyai susurgalur tulin dan memenuhi kreteria perjuangan USNO pada masa akan datang, Anak kepada bekas salah seorang pejuang kemerdekaan Sabah (Hj.Abdul Salleh Khatib Ali @ Gupurani) dari keturunan para Ulama terkenal Daerah itu semenjak zaman Magindora diantaranya Imam Misuari Khatib Sarahari, Keturunan Panglima dari waris Panglima Ripahani @ Ripah serta pewaris kepada beberapa buah Pulau di persekitaran Semporna diantaranya Pulau Sebangkat Taman Marine Tun Sakaran, Pulau Si Amil, Denawan dan Pulau Sepanggau yang terdapat di Daerah itu sejak ratusan tahun dahulu.
 
Kepimpinan beliau terserlah melalui PNK Semporna (Persatuan Nelayan Semporna)  sejak berusia 22 tahun, Beliau adalah pengasas kepada PNK Sabah sejak 1993, pada hari ini PNK  telah mengujudkan 17 cawangan di Seluruh Daerah Daerah Sabah  dengan kerjasama LKIM. Beliau telah memimpin PNK Semporna sejak 1993 hingga sekarang 2013 dan menjadi Pemimpin PNK terlama di Malaysia , Pengalaman 20 tahun memimpin NGO tanpa henti cukup meyakinkan USNO bahawa beliau mampu menjadi pemimpin yang baik.
Beliau telah banyak membantu dan berjasa kepada Nelayan dikawasan Pantai Timur Sabah dari Sandakan hingga ke Tawau dan membantu pengujudan PNK di Daerah berkenaan  Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau bagi memajukan perindusterian laut. Disamping itu beliau adalah salah seorang Pelupor Industri Rumpair laut Negara atau Seaweeds di Sebangkat Reef sejak 20 tahun lalu dan mengadakan projek kerjasama dengan UMS (Universiti Sabah Malaysia) dalam Industri itu melalui STREP Sdn. Bhd. Yang sedang berjalan pada hari ini.
Beliau juga adalah Setiausaha Lcf-TSMP (Local Forum Komuniti Tun Sakaran Marine Park) sejak Taman Marin Tun Sakaran di wartakan pada 2004 yang mempunyai 8 buah pulau Sebangkat, Selakan, Sibuan, Maiga, Tatagan, Gaya, Mantabuan dan Bohey Dulang yang mempunyai komuniti Nelayan seramai 3000 orang.
Dengan pengalaman kepimpinan dalam NGO, susurgalur keturunan yang serta pewaris Kepimpinan dikawasan Semporna serta anak jati Sabah dari  waris anak tempatan semporna beliau dilihat sebagai pemimpin yang berpontensi menjadi wakil rakyat di kawasan itu untuk meneruskan legasi Semporna.
Presiden USNO Datu Badaruddin Tun Mustapha yakin dengan kepimpinan Salleh kerana Salleh juga adalah pewaris generasi USNO di Daerah itu sejak merdeka dimana ibu beliau pernah memimpin Kaum Ibu atau Wanita USNO diera 60an hingga 70an di Semporna, sementara 2 orang Kakaknya Suhurah Haji Abdul Salleh pernah menjadi Ketua Wanita UMNO Palimen Silam dan Noraidah Hj. Abdul Salleh Tim.Ketua Wanita UMNO Palimen Semporna diawal kemasukan UMNO ke Sabah melalui peranan USNO dahulu,  disamping abang beliau yang sedang berjuang menghidupkan USNO Sabah Abdullah Sani Hj Abdul Salleh adalah Timbalan Presiden Penaja USNO pada hari ini, sementara itu hampir semua wakil rakyat yang ada di Darvel Bay, Lahad Datu,Kunak,Semporna dan Tawau ,mempunyai hubungan kerabat dan keluargaan yang erat dengan beliau sejak merdeka hingga hari ini.
Walaubagaimanapun Datu Badaruddin Tun Mustapha Presiden Penaja USNO itu memaklumkan bahawa beliau belum dapat menghubungi En. Salleh secara peribadi bagi menawarkan tawaran USNO.
Pada hari ini PNK Semporna mempunyai keahlian hampir 2000 orang di Daerah itu yang beliau pimpin sejak 20 tahun yang lalu dimana beliau telah banyak memberikan sumbangan terhadap perubahan mesyarakat setempat  ketahap yang lebih baik dan maju.
Sejak artikel ini dibuat, media USNO gagal untuk menghubungi dan mendapatkan pandangan En.Salleh Hj. Abdul Salleh terhadap tawaran USNO memberikan laluan kepada beliau menjadi Calon USNO di Semporna.
Oleh : Media USNO Sabah
            Abbas Bin Ahmad
 

BOGBOG BANGSA MORO



Abdullah Sani Hj Abdul Salleh


Tim.Presiden Penaja USNO Sabah Abdullah Sani Hj Abdul Salleh, mempersoalkan laporan terdapatnya Dokumen Pengenalan orang Suluk dirampas dan dimusnahkan oleh polis. Beliau merujuk kepada laporan akhbar tempatan Sabah seperti Daily Express dan Malaysiakini yang mendakwa bahawa terdapat laporan mengenai perkara ini seperti mana yang dilaporkan.

Laporan Malaysiakini :

Bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh mendakwa mendapat maklumat bahawa polis menjalankan operasi merampas dan memusnahkan dokumen pengenalan diri yang diberikan kepada masyarakat Suluk di negeri itu.

Jesteru itu beliau sependapat dengan mantan ketua Menteri Sabah itu bahawa jika benar perkara ini berlaku maka ia harus dihentikan dengan SERTA MERTA  kerana ianya bercanggah dengan dasar Hak Asasi menusia yang dipersetujui oleh bangsa bangsa bersatu dibawa UNDHRThe Universal Declaration for Human Rigth was adopted by the General Assembly on 10 December 1948’ yang telah mengundi 48 – 0 pada masa itu.

Seharusnya perkara seperti ini tidak berlaku kerana rakyat Negeri Sabah terdiri dari berbilang kaum dan etnik termasuk Bangsa Suluk yang juga menjadi Bumiputera Negeri Sabah sejak kita merdeka,bahkan Bapa kemerdekaan Sabah Tun Mustapha Datu Harun adalah keturunan Bajau dan suluk, begitu juga Pejuang Sabah Paduka Mat Salleh dan terdapat ramai golongan pemimpin Bajausuluk negeri ini yang sangat berjasa kepada Negara baik pemimpin terdahulu atau pemimpin yang sedia ada di pada masa ini.


Pemimpin pemimpin  suku Suluk yang mendokong kerajaan BN dan yang berketurunan Suluk, antaranya wakil rakyat , Adun, MP, Menteri Menteri kabinet bahkan TYT Negeri Sabah patut membantu mensyarakat ini supaya tidak menjadi Mangsa keadaan  atau apa yang dikenali sebagai  victim of circumstance”  apabila insiden Pencerobohan oleh keluarga Kiram yang sedang berlaku pada hari ini dan telah mencabar kedaulatan negera kita.

Pemimpin pemimpin seperti ini sepatutnya tidak mengeruhkan keadaan lebih lebih lagi mereka ini adalah bangsa dan keturunan suluk di Sabah, saya amat kesal pemimpin pemimpin suluk Sabah yang memutuskan hubungan atau bakar jambatan dengan Bangsa suluk Filipina selatan yang mempunyai hubungan persaudaraan sekian lama, ada diantaranya pemimpin pemimpin ini yang bersifat dan bertindak seolah-olah membodek dan mengisthiharkan kesetiaan kepada Negara wal hal Negara tidak menuntut kita berbuat demikian rupa.

Pemimpin pemimpin Suluk seperti ini nampaknya telah menjadikan keadaan lebih para dan keruh kerana tindakan mereka yang dilihat mengisthiharkan sesuatu yang tidak sepatutnya mereka suarakan sebagai bangsa suluk atau ektik suluk di Negeri ini dimana akhirnya bangsa atau etnik mereka sendiri menjadi mangsa keadaan.Sepatutnya mereka ada rasa “Bogbog“ kepada bangsa mereka dengan memberikan keyakinan atau membantu bangsa suluk di Negeri supaya terus cekal menghadapi pencerobohan yang telah dicabar oleh keluarga Kiram.

Saya tahu pada hari ini anak anak Bajau dan suluk berada dibarisan depan di Kg. Tanduo, Tg. Batu, Sungai Bilis dan seluruh Sabah menghhadapi Tentera Kiram, mereka berperang, mereka berkorban untuk memastikan kedualatan kita tetapi mereka tak perlu heboh heboh soal perjuangan ini kerana mereka tahu bahawa mereka adalah anak Malaysia yang bertanggujawab kepada kedaulatan Negara.

Kenyataannya itu timbul susulan dakwaan dilaporkan media Filipina mengenai dakwaan pelanggaran hak asasi yang dilakukan pasukan keselamatan Malaysia dalam operasi di pantai timur Sabah khasnya dikawasan Esscom atau SSA yang telah diluluskan baru baru ini oleh Kabinet Malaysia dibawah Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak .

Portal Inquirer Global Nation  pada hari Sabtu lalu yang memetik seorang pemimpin Sulu melaporkan, pasukan keselamatan Malaysia menyerbu kediaman warga berkenaan di Sabah dan memusnahkan dokumen tersebut.

Datuk Bandar Jolo, Sulu itu mendakwa, golongan yang memiliki dokumen yang sah seperti pasport dan dokumen pengenalan juga tidak terkecuali.

"Dokumen ini didakwa dikoyak di hadapan mereka," katanya.
Beliau turut mendakwa, warga berkenaan dipaksa berlari sebelum ditembak.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada hari Selasa lalu dilaporkan menafikan dakwaan berhubung tembakan berkenaan.

KENYATAAN RASMI PENAJA USNO SABAH 1.3.2013


SIDANG AKBAR

As-salamualaikum dan Salam Perjuangan,

Kenyataan Rasmi dari Urusetia Penaja USNO Sabah yang merujuk kepada Laporan Daily Express bertarikh 1hb. Mac 2013 di Muka Hadapan bertajuk : WAS TUN MUSTAPHA ALSO INVOLVED?

Dengan ini kami Penaja USNO Sabah membantah sekeras-kerasnya tindakan Sidang Akbahr Wanita PKR AMINAH BTE MAHMUD yang membuat kenyataan Di Johor bahawa beliau disuruh oleh Tun Mustapha membuat KPT untuk mengundi pada tahun 1994.

Apa kah niat sebenar beliau mengaitkan Nama Bapa Kemerdekaan Sabah dalam soal pengeluaran KPT palsu di Sabah dan membersihkan nama Anwar Ibrahim dari hal ini?,

Pada tahun 1992 Tun Mustapha telah keluar dari UMNO dan membantu Parti PBS di Sabah menghadapi Pilihanraya 1994, bahkan beliau telah bergabung dengan PBS dalam pilihanraya itu serta memenangi Pilihanraya Sabah dengan menggunakan lambang PBS+. Jesteru itu jika dilihat dari tarik kenyataan beliau ( Aminah Bte Mahmud ) ini menunjukan bahawa ianya bercanggah dengan tuduhan dan tohmahan serta pembohongan wanita PKR itu yang mengaitkan Tun Mustapha bapa Kemerdekaan Sabah dan pada masa yang sama membersihkan nama Pemimpin mereka Anwar Ibrahim.

Tun Mustapha tidak pernah menjadi ketua Perhubungan UMNO di Sabah seperti didakwa , Ketua Perhubungan UMNO pada tarikh itu adalah En. Abdul Ghafar Baba ( 1990 – 1993 ) dan Tun Sakaran Dandai ( 1993 – 1996 ) sementara orang yang menjaga hal ehwal Sabah dalam UMNO  pada tarikh itu ( 1993 -1997 ) adalah Anwar Ibrahim mereka ini semua adalah Pemimpin UMNO.

Jesteru itu Penglibatan bapa kemerdekaan dalam proses KPT adalah tidak benar dan tidak berasas, mereka sengaja menjadikan Tun Mustapha sebagai “Scape Goat“ bagi membersihkan nama pemimpin PKR Anwar Ibrahim yang berhadapan dengan siasatan RCI di Negeri Sabah pada hari ini.

Kami yakin semua kerja jahat ini adalah kerja pemimpin-pemimpin Kuala Lumpur terhadap rakyat sabah yang mereka akui sendiri dengan pengeluaran 500,000 KPT kepada PTI di Negeri ini.

Jesteru itu USNO menuntut supaya Aminah Bte Mahmud memohon maaf kepada Keluarga Tun Mustapha dan semua Rakyat Sabah atas perbuatan Terkejinya mengeluarkan 500,000 Kpt haram di negeri ini yang telah membawa kekotoran kepada Negeri SABAH.
Sekian dan Terima kasih

BERJUANG TETAP BERJUANG
Sekian.


ABDULLAH SANI HJ ABDUL SALLEH.
Naib Presiden Penaja Ex-USNO Sabah

Sidang Akhbar ini Bagi menjawab Laporan :
Daily Express 01.03.2013


Note : Presiden Penaja USNOSabah
           Datu Badaruddin Bin Tun Datu Haji Mustapha.

LOKASI PENCEROBOHAN OLEH MILITAN DI SABAH MALAYSIA?

Kenyataan Rasmi Ketua Polis Negara



Gambar Puak Militan Yang dikesan Di Lahad Datu Sabah
Copy/Paste dari Laman Web.

KENYATAAN DARI PDRM ( COPY/PASTE ) :


Assalamualaikum, maklumat dr Ops room KK:

1. Staf telah menerima maklumat daripada ACP Manaf (Polis Marin Sabah) memaklumkan mengenai status terkini penglihatan kejadian. Pada jam lebih kurang 0800 hari ini, IPD Lahad Datu telah menerima maklumat seramai 32 orang (6 orang berpakaian jubah dan selebihnya memakai baju celoreng dan seluar biasa) telah berkumpul di rumah Ahmad Malandi @ Mat Bom di Kampung Tanduo. Kumpulan ini dipercayai daripada ahli Kesultanan Sulu dari Pulau Sibutu dan Pulau Sipangkot, Filipina di ketuai oleh Hj Musa @ Hj Kuning @ Dato’ Puin. Kumpulan ini juga dilaporkan membawa senjata M16.

2. Kumpulan ini dilaporkan bertujuan untuk melawat Ahmad Malandi @ Mat Bom yang kini berada di wad ICU Hospital Lahad Datu (sakit tidak diketahui). Kejadian ini juga berlanjutan daripada insiden pertemputan MNLF dan KAS yang dilaporkan sebelum ini. Kumpulan ini dilaporkan juga dilaporkan cuba membuat huru-hara dan memalukan kerajaan Malaysia sebelum pilihanraya yang akan datang.

3. Berlanjutan daripada insiden tersebut, Polis Marin telah memulakan Op DAYAK bagi mencegah kemasukan kumpulan ini. 3 buah bot telah ditugaskan untuk mengawas perairan negara dari Pulau Tambisan ke Tanjung Labian. Pasukan VAT 69 juga akan tiba pada malam ini untuk membantu operasi. Bagi aset TLDM KD TODAK telah berada di Tanjung Labian dan sedang melaksanakan rondaan bersama KM BANGI. KD PERAK dalam pelayaran ke Tanjung Labian dan dijangka tiba pada 1900. Tim ZULU dan ZEBRA dalam perjalanan ke Lahad Datu sebelum ditugaskan menaiki CB 90 ke Tanjung Labian.

4. Maklumat daripada anggota perisikan PASKAL, pada 1500 hari ini telah terserempak dengan 10 orang berpakaian celoreng di Tanjung Labian. Butiran lanjut belum dapat dipastikan lagi. Dijangkakan seramai 100 dari kumpulan ini akan bergerak ke kawasan Felda Sahabat dari Pulau Bangao, Filipina (35 bbn Timur Tanjung Labian).

5. Kapal-kapal dipelabuhan telah dimaklumkan untuk meningkatkan 4HNFS.
Maklumat terkini dr PWL2, kapalx tingkatkan immediate notice for sea.
.................................................................................................................

Profile Lokasi dan Kawasan Militan Penceroboh 14hb.feb 2013.

1
Kg. Tandou Lahad Datu Sabah cuma 40kilometer dari Pulau Sibutu Philippines


2
Beberapa Kampong yang Berdekatan dengan Kg. Tandou Lokasi Pendaratan


3
Rumah Mat Bom di Kg. Tanduo Diatas salah sebuah Bukit ditepi Sungai

4
KG. TANDOU , TG LABIAN LAHAD DATU SABAH

Laporan ini kami ambil hasil dari penelitian pihak kami untuk mengambarkan lokasi dan kedudukan Kg. Taoduo tempat  pencerobohan Militan di Lahad Datu Sabah pada 14hb.feb 2013 seperti mana yang di-laporkan oleh beberapa laman web terkini.